Dokumen ini menetapkan polisi, terma dan syarat perkhidmatan
IF KARYA bagi memastikan proses kerja yang telus,
profesional dan adil untuk kedua-dua pihak.
Dengan meneruskan perkhidmatan IF KARYA, client dianggap telah
membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma yang dinyatakan di
bawah.
1. SKOP PERKHIDMATAN
-
1.1
IF KARYA menyediakan perkhidmatan pembinaan website berdasarkan
pakej yang dipilih (START, GROW atau AUTHORITY).
-
1.2
Skop kerja adalah terhad kepada ciri, bilangan halaman dan fungsi
yang dinyatakan dalam pakej serta ringkasan projek yang
dipersetujui.
-
1.3
Sebarang permintaan di luar skop asal akan dianggap sebagai kerja
tambahan (add-on) dan akan dicaj berasingan.
2. SERVICE CONSULTATION (WAJIB)
-
2.1
Setiap projek bermula dengan Service Consultation untuk mengenal
pasti keperluan sebenar client.
-
2.2
Cadangan pakej, struktur dan arah website adalah berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh client semasa sesi ini.
-
2.3
IF KARYA tidak bertanggungjawab terhadap hasil yang tidak
menepati jangkaan sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak
lengkap, tidak tepat atau berubah selepas persetujuan
dibuat.
3. ALIRAN PROJEK (CLIENT FLOW)
-
3.1
Minat & pertanyaan awal
-
3.2
Service Consultation
-
3.3
Fact finding & pengumpulan maklumat
-
3.4
Pengesahan skop, harga & terma
-
3.5
Bayaran deposit
-
3.6
Pembinaan website
-
3.7
Semakan & edit
-
3.8
Kelulusan akhir & bayaran baki
-
3.9
Website diterbitkan (go-live)
4. POLISI PEMBAYARAN
-
4.1
Deposit 50% diperlukan sebelum sebarang kerja dimulakan.
-
4.2
Baki 50% perlu dijelaskan selepas website siap dan sebelum
website diterbitkan (go-live).
-
4.3
IF KARYA berhak menangguhkan kerja atau penerbitan website
sekiranya pembayaran tidak dibuat mengikut persetujuan.
5. POLISI SEMAKAN & EDIT (SEBELUM GO-LIVE)
-
5.1
Setiap projek termasuk maksimum TIGA (3) kali semakan dan edit
sebelum website diterbitkan (go-live).
-
5.2
Semakan & edit sebelum go-live merangkumi perubahan kecil
seperti:
- pembetulan teks
- penukaran imej
- susunan kecil (minor layout adjustment)
-
5.3
Semakan & edit TIDAK termasuk:
- perubahan struktur website
- perubahan reka bentuk utama
- penambahan halaman
- penambahan fungsi atau modul baharu
- perubahan arah konsep selepas skop dipersetujui
-
5.4
Sebarang permintaan melebihi 3 kali semakan sebelum go-live akan
dicaj sebagai kerja tambahan.
-
5.5
Semakan & edit yang tidak digunakan sebelum go-live tidak boleh
dibawa ke fasa maintenance.
6. POLISI MAINTENANCE (SELEPAS GO-LIVE)
-
6.1
START & GROW
-
Maintenance adalah On-Demand pada kadar RM30 bagi setiap
permintaan.
-
Setiap permintaan merangkumi maksimum 3 perubahan kecil.
-
Tidak termasuk perubahan struktur, reka bentuk utama atau
pembangunan fungsi baharu.
-
6.2
AUTHORITY
-
Termasuk FREE maintenance selepas go-live dengan maksimum 3
perubahan kecil.
-
Perubahan melebihi had atau di luar skop akan dicaj mengikut
kadar semasa.
7. POLISI TEMPOH SIAP
-
7.1
Tempoh siap adalah anggaran, bergantung kepada:
- kelengkapan maklumat client
- kelajuan respon & kelulusan client
-
7.2
Kelewatan daripada pihak client akan menyebabkan tempoh siap
dilanjutkan secara automatik.
8. POLISI PEMBATALAN
-
8.1
Deposit adalah tidak boleh dipulangkan setelah kerja
dimulakan.
-
8.2
Jika projek dihentikan oleh client:
- hasil kerja setakat tahap semasa akan diserahkan
- tiada pemulangan bayaran dibuat.
9. TANGGUNGJAWAB CLIENT
-
9.1
Client bertanggungjawab menyediakan maklumat perniagaan,
kandungan, teks, imej dan logo yang tepat dan sah.
-
9.2
IF KARYA tidak bertanggungjawab ke atas isu hak cipta atau
kesahihan kandungan yang dibekalkan oleh client.
-
9.3
Client wajib memberikan kelulusan akhir sebelum website
diterbitkan.
10. HAK MILIK & HAK CIPTA
-
10.1
Hak milik penuh website akan dipindahkan kepada client selepas
bayaran penuh diselesaikan.
-
10.2
IF KARYA mengekalkan hak ke atas struktur teknikal, metodologi
dan sistem kerja dalaman.
11. HAD TANGGUNGJAWAB
-
11.1
IF KARYA tidak menjamin peningkatan jualan, trafik atau ranking
enjin carian.
-
11.2
Website dibina sebagai alat sokongan perniagaan, bukan jaminan
hasil.
12. PORTFOLIO & PUBLIKASI
-
12.1
IF KARYA berhak memaparkan projek sebagai portfolio untuk tujuan
pemasaran.
-
12.2
Client boleh membuat permintaan bertulis sekiranya tidak
bersetuju projek dipaparkan.
13. PERUBAHAN POLISI
-
13.1
IF KARYA berhak mengemas kini polisi & terma dari semasa ke
semasa tanpa notis awal.
-
13.2
Versi terkini akan dipaparkan di website rasmi IF KARYA dan
berkuat kuasa serta-merta.
PENUTUP
Dengan meneruskan perkhidmatan IF KARYA, client dianggap telah
membaca, memahami dan bersetuju dengan semua polisi & terma yang
dinyatakan di atas.